Tuesday 20 March 2012

MISI & VISI

belia BERKOPERASI...
belia BERINNOVASI...
belia BERPERSATUAN...
belia BERKEPIMPINAN...
BERKETRAMPILAN

MOTO


     TOLERANSI 3 KAWASAN SERUMPUN
 

Friday 16 March 2012

PENGENALAN



BELIA adalah merujuk kepada generasi muda berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira jantina, suku kaum mahupun agama. Manakala, KBM pula adalah merujuk kepada tiga kawasan kejiranan dalam Kawasan Parlimen Kimanis yang mana harus dipupuk perpaduan kalangan masyarakat belia di tiga kawasan tersebut agar mempunyai sikap hidup bersatu padu dan mempunyai satu matlamat yang harus dicapai demi kemajuan dan pembangunan belia dalam kawasan tersebut baik dari segi pembangunan rohaniah dan jasmaniah serta menerapkan nilai-nilai kepimpinan agar belia-belia masa kini mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling bahkan kepada nusa, bangsa dan agama.


Sejarah pergerakkan Belia KBM telah bermula seawal Julai 2010 , di mana pada ketika itu pergerakkan ini bergerak dengan tujuan memepuk perpaduan dan permuafakatan 3 kawasan belia di parlimen kimanis dengan cogan kata “ Toleransi 3K serumpun”. Rancangan Penubuhan awal adalah pada 19/09/2010 di restoran Nibong Bongawan jam 2.30 pm dan dihadiri oleh 35 orang perancang & pelaksana masa depan untuk belia KBM khasnya kepada ahli persatuan Belia KBM. Terbuka kepada belia Kimanis, Bongawan & Membakut.